Saturday, June 30, 2012

Majlis Hari Akademik ...

Majlis Hari Akademik MRSM Tumpat 2012 telah diadakan pada hari Khamis, 28 Jun 2012 di Dewan MRSM tersebut.  Perasmian telah disempurnakan oleh Dr Nik Azrita Bt Nik Ariffin, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Kuala Krai.  Beliau merupakan bekas pelajar MRSM Pengkalan Chepa 23 tahun lalu.
Majlis ini dibuat bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pencapaian pelajar-pelajar di atas usaha mereka.  Empat kategori anugerah telah disampaikan pada majlis ini iaitu:
  • Anugerah Pengetua - (PNG  ; 3.5 ke atas)
  • Anugerah Summ Cum Laude (Anugerah Pelajar Terbilang) - (PNG 4.0)
  • Anugerah pelajar terbaik setiap subjek
  • Anugerah pelajar yang mencapai Lompatan Saujana
Menurut pengetua, Sasaran MRSM adalah 40% bagi pelajar-pelajar PMR yang memperolehi PNG ;3.5 ke atas, pencapaian terkini adalah 81%.
Sasaran SPM, 40% ,  pencapaian 50%.  Beliau berharap dan yakin bahawa pencapaian ini akan meningkat menjelang peperiksaan lagi.





No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda