Thursday, July 26, 2012

Hal Yogurt


Apadia yogurt

Istilah Yogurt dipercayai berasal dari perkataan Turki yang bermaksud susu masam. Ia terhasil daripada susu yang diperkaya dengan bakteria yang akan membentuk asid laktat.  Bakteria yang biasa digunakan dalam pembuatan yogurt adalah Bifidobacterium sp., Lactobacillus sp. atau bakteria Streptococcus thermophilus dan Lactobacillus bulgaricus.
Kehadiran bakteria-bakteria ini akan menyebabkan berlakunya proses fermentasi ke atas susu.  Proses ini akan mengubah laktosa menjadi asid laktat.  Dalam proses ini, protein susu dipecahkan menyebabkan fizikal susu menjadi kental dan terasa sedikit masam, dan dikenali sebagai yogurt.
Terdapat lima jenis bakteria ramah yang paling utama terdapat dalam yogurt yang dikenali sebagai bakteria probiotik, iaitu Lactobacillus acidophilus, Bifidobacterium bifidum, Lactobacillus casei, Streptococcus thermophillus dan Lactobacillus bulgaricus.

Kandungan yogurt

Yogurt kaya dengan kalsium, protein, mineral dan vitamin penting untuk tubuh seperti potassium serta vitamin B (seperti B2, B3, B-12),vitamin A, vitamin D, Biotin, magnesium, Asid Folat, asid amino.
Bakteria yogurt juga mampu mensintesis beberapa vitamin seperti riboflavin dan niacin serta thiamin. Mineral dalam yogurt meskipun tidak bertambah banyak, tapi menjadi lebih mudah untuk diserap oleh tubuh.

Manfaat Yogurt

Adalah dipercayai bahawa masyarakat Timur Tengah telah memanfaatkan yogurt sebagai minuman kesihatan sekitar 4000 tahun yang lalu. Selain itu negara lain  seperti Turki, Perancis, Mesir, India, Yunani, Bulgaria dan Rusia adalah negara-negara yang telah menjadikan yogurt sebagai minuman harian mereka, bahkan ia hadir dalam berbagai bentuk menu masakan.  Salah satu laman sesawang ada mendakwa bahawa Yogurt berasal dari Bulgaria, sebab itulah salah satu bakteria yang aktif dalam yogurt di kenali sebagai Lactobacillus bulgaricus, mengambil sempena nama Negara itu.

Bangsa India meyakini yogurt sebagai obat perut yang mujarab, terutamanya untuk meredakan gangguan pencernaan dan mengembalikan keseimbangan tubuh.  Wanita-wanita Parsi pula memanfaatkan yogurt untuk wajah dan percaya dapat menghilangkan keriput serta dapat menjaga kecantikan.

Pada dasarnya, dalam bentuk yogurt, susu menjadi lebih mudah untuk dicerna kerana ia sudah mengalami pemecahan laktosa.  Ini amat bermanfaat kepada mereka-mereka yang mengalami masalah alahan pada laktosa (lactose intolerance).

Untuk kesihatan, anatara manfaat yogurt adalah:

  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh, menjadikan seseorang tidak mudah sakit
  • Menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL)
  • Menyembuhkan radang sendi
  • Yogurt mempunyai unsur anti-bakteria yang hebat dan amat berguna untuk melawan infeksi bakteria penyebab jerawat, membantu sistem pencernaan yang akan menghindarkan gangguan pada kalenjar minyak yang boleh menyebabkan jerawat.
  • Tambahan mineral dan vitamin yang biasa terdapat dalam yogurt dapat menjadikan kulit sihat dan halus
  • Yogurt akan melawan bakteria yang terdapat pada folikel rambut, yang menyebabkan infeksi dan keradangan pada kulit  
  • Satu kajian di Sweden mendapati bahawa yogurt yang mengandungi Bakteria Asid Laktik dapat mengurangkan risiko barah darah di kalangan orang yang meminumnya (The American Journal of Clinical Nutrition)
  • Menghasilkan vitamin, meningkatkan nilai gizi dan membantu pertumbuhan,
  • Menghasilkan antibiotik semulajadi melawan virus
  • Mencegah kanser usus.
  • Membantu mengatasi masalah radang usus
  • Membantu mencegah osteoporosis,
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan risiko jangkitan pada faraj dan lain-lain lagi

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda