Tuesday, June 10, 2014

Jejak Kasih

Kali terakhir bertugas bersama adalah pada tahun 1985, di Bahagian Pedalaman, Sabah.  Biasalah bagi penjawat awam yang bergelar guru.  Apabila habis latihan atau apabila mula penempatan pertama, kami perlu akur dengan pemerintah untuk memulakan khidmat di mana sahaja diarahkan.  Kalau tidak jangan minta untuk menjadi guru.
Banyak kenangan semasa bertugas di pekan Keningau.  Biasanya waktu petang atau tidak mengajar kami, perantau dari Semenanjung akan berkumpul bersama seperti suatu keluarga besar dari utara hingga ke selatan tanah air.
Tugas mendidik anak bangsa terus kami galas dengan setulus hati semoga sampai satu ketika Sabah dan Sarawak sudah mempunyai cukup tenaga untuk memenuhi keperluan tenaga pendidik mereka.  Mungkin waktu itu, sudah tidak perlu lagi guru-guru dari Semenanjung dihantar bertugas di Sabah dan Sarawak.
Selepas 29 tahun, akhirnya pada cuti persekolahan tahun ini, kami berjumpa lagi.  Masih ramai lagi rakan-rakan yang tidak berkesempatan untuk bertemu, mungkin satu hari nanti kami akan ditemukan jua.  Pada hari Jumaat lalu, 6 Jun 2014 Saudara Nasaruddin serta Isteri, Azizatul Badariah telah menjejakkan kaki mereka kerumah kami.  Kunjungan ini telah menghidupkan kembali kenangan semasa di perantauan.  Kehadiran beliau ditemani oleh Ustaz Idris dan isteri beliau yang juga sama-sama pernah bertugas di SMK Gunsanad, Keningau.
Ramai lagi yang lain belum berpeluang untuk berjumpa.
 



Kepada yang lain-lain seperti Anawa, Saadon, Mazlan (khabarnya jadi Pengetua), Halidiah dan ramai lagi yang lain masa mungkin belum tiba untuk berjumpa semula. Al Fatihah untuk Ghani (suami Halidiah).  Tahniah buat Dato' Misrah Ibrahim yang telahpun bersara, begitu juga dengan Abu Hassan.  Ramai lagi teman-teman yang tak sempat nak dicatatkan di sini.


No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda