Saturday, September 6, 2014

Pendaftaran di UIA

Pada 2hb September, sekali lagi kami masuk U.  Kali ini untuk pendaftaran Muhammad Adib yang akan menyambung pelajaran di UIA Gombak.  Semoga berjaya dalam pelajaran dan hidup nanti.
Proses pendaftaran tidaklah lama sangat.  Pendaftaran dibuat di Kolej Kediaman Salahuddin AL-Ayyubi,  kedudukannya memang jauh dari dewan kuliah.  Rasa-rasanya semua siswa kolej kediaman ini perlukan kenderaan untuk ke kuliah.
Apa pun, ini adalah sebahagian dari asam garam dalam usaha menuntut ilmu.  Susah payah inilah yang akan menambahakan lagi ketabahan kita sebagai siswa. 
Asrama yang disediakan amat selesa berbanding asrama kami dahulu.  1 unit (bilik) berkongsi 4 orang dengan setiap penghuni disediakan satu bilik maing-masing menjadikannya lebih 'privacy'.
Selamat belajar dan berusahlah dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.  Belajar itu wajib bagi setiap muslim / muslimah.

No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda