Sunday, June 14, 2015

Eratkan Silaturrrahim

Sejak pemergian ayahanda lebih 6 bulan lalu, akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dihasratkan selama ini.  Sempena dengan cuti persekolahan pertengahan tahun ini, kami adik beradik telah berkesempatan mengunjungi saudara bongsu arwah ayahanda di kediamannya di Pulau Seratus.  Perjalanan merentasi sungai Kelantan memberikan pengalaman baru kepada anakanda Muhammad Adib.  Percikan air sungai yang memasuki bot kami menimbulkan rasa gementar dalam dirinya.  Namun dalam perjalanan blik, riak wajahnya kelihatan lebih tenang dan ceria.
Sejak pemergian ayahanda kami, inilah pula peluang dan ruang untuk kami bertemu muka dengan satu-satunya emak saudara (sebelah ayahanda) yang masih tinggal, yang lain semuanya sudah meninggal dunia.
Kami tiba di pulau ini waktu azan asar dikumandangkan.  Jelas tergambar kegembiraan diwajah ibu saudara sewaktu kami tiba.
Di Pulau ini, selepas selesai menunaikan solat asar, kami sempat merayau ke dalam semak, mencari pucuk paku untuk dibuat sayur.  Pucuk paku (dari genus paku pakis) boleh dibuat sayur, boleh juga dibuat kerabu.  Kerana waktu yang terhad, lebih kurang jam 6.45 petang kami terpaksa bertolak balik ke Kuala Besar dan tiba di rumah keluarga ayahanda waktu hampir maghrib.  InsyaAllah jika ada kesempatan kami akan kesana lagi.

























No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda