Tuesday, July 7, 2015

Cuti Nuzul Quran


Minggu ini, hari ahad cuti am bagi negeri kami.  Cuti sempena nuzul Quran yang jatuh pada hari Sabtu, 4hb Julai 2015.  Oleh kerana hari ahad minggu pertama adalah hari cuti umum, maka cutinya dibawa ke hari Ahad.  Bagi memenuhi hari cuti, saya bersama Afham telah ke Pasir Mas untuk menziarahi kawan lama.

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk melihat dari dekat bagaimana cara untuk menternak kelulut. Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 9.30 pagi dan tiba di lokasi 45 minit kemudian.  Ketibaan kami disambut oleh Cikgu Po.  Beliau merupakan seorang pesara.  Kelebihan seorang guru ni, bila dah jadi guru ssetelah mati pun masih lagi dipanggil cikgu.  Itulah hebatnya seorang guru.

Kami telah mendapat banyak pengetahuan baru mengenai penternakan kelulut ni.  Selain mendapat penerangan secara ringkas bagaimana untuk menternaknya, kami juga berpeluang melihat sarang-sarang kelulut di sekitar kediaman belaiu.  Langkah seterusnya ialah bagaimana nak ku mulakan penternakan ni di rumah sendiri pula?

Kami beredar dari kediaman cikgu Po lebih kurang jam 11.30 pagi kerana sebelah petangnya Afham terpaksa balik ke asrama di Machang.

Terima kasih cikgu Po kerana banyak memberi kami maklumat yang amat berguna.


 




No comments:

Post a Comment

Masukkan pandangan anda