Kini sudah masuk bulan kedua tahun 2023. Tahun 2022 menjadi kenangan. Biasanya menjelang tahun baru, azam pun baru. Ramai yang membuat azam baru, tidak kurang juga yang membuat penambahbaikan azam sebelum ini, terutamannya yang belum dicapai.
Apa jua keadaan, yang pastinya umur kita kian singkat untuk berada di atas dunia ini. Biasanya setiap tahun akan ada sambutan ulang tahun kelahiran yang ke ??? Kita seolah-olah terlupa bahawa disisi lain sambutan ulangtahun ini ialah tarikh itu juga menunjukkan garis hayat kita semakin hampir. Sama-sama kita fikirkan.
Barangkali tahun 2023 merupakan tahun ujian bagi diri ini.
2 Januari, ujian pertama datang. Cermin sisi bahagian belakang kereta berkecai terkena percikan batu orang memesin rumput. Alhamdulillah segalanya selesai.
Peristiwa terbaru, 1 Februari dapat pengalaman bermalam dalam wad. Asbabnya, terjatuh dekat bilik air, bila pergi ke unit kecemasan, berakhir dengan hospital. Perlu pemantauan selama sehari. Syukur Alhamdulillah ujian kali ini dengan kecederaan ringan, tiada pendarahan dalaman. Allah masih lagi peluang untuk menikmati kehidupan didunia ini seperti biasa.
Episod-episod akan datang belum tahu lagi. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Ya Allah, berkatilah sisa-sisa kehidupanku ini. Berkatilah kehidupan kami semua. Ampunilah segala dosa-dosa kami.
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda