Sudah menjadi semacam acara tahunan, paling kurang setahun kali kami berkumpul sambil makan-makan bertanya khabar ehwal masing-masing. Inilah antara aktiviti yang mampu dilakukan oleh sebahagian dari kami bila berada di usia emas. Tahun ini, di lokasi yang sama, di Restoran Sri Kandar (786), Banggol, kami berkumpul. Mungkin untuk kunjung mengunjung ke setiap rumah kawan-kawan tidak banyak kesempatan yang ada, sebab masing-masing mempunyai komitmen sendirian. Jadi kesempatan diambil untuk meluangkan sedikit masa pada pagi khamis, 23 Februari 2023 untuk berkumpul di sini. Ini pun ada yang tidak dapat hadir.
Apapun, syukur kepada Ilahi kerana kami masih diberikan ruang dan peluang untuk bersama. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang hadir, terima kasih Cg Hj Nik Safri yang selalu mengambil inisiatif untuk pertemuan ini. Terima kasih Tn Hj Wan Pha, bos Restoran Sri Kandar kerana menyediakan tempat untuk kami berkumpul. Semoga acara sebegini boleh dibuat lagi bagi mengukuhkan tali persaudaraan sesama Islam.
Amin.
No comments:
Post a Comment
Masukkan pandangan anda